AJK & peserta mengikuti kursus in-situ oleh RISDA pada 16hb Julai, 2010 di TSB Sg Layang

Akar yang berkulat putih.
Peserta-peserta yang hadir bergambar bersama Pegawai-Pegawai RISDA.Kini pokok-pokok getah berusaha 2 setengah tahun.
Menyiram racun.
Mengenalpasti daun yang yang gersik & melengkung.

Rakaman gambar -gambar tanaman pokok-pokok getah.

Projek TSB Sg Layang kita ini berada di persekitaran kampung. Pada 4hb Mei, 2010, Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sementara ke Mesjid sempat pula melawat pokok-pok getah yang hidup segar. Alhamdulillah.











Surat Perkeliling (1)(2010) TSB Sg Layang



Tanam Semula Berkelompok TSB Sg Layang

Sukacita dimaklumkan bahawa projek kita yang tersebut diatas kini telah berusia 2 tahun.

Keadaan dan tanaman pokok-pokok getah adalah tumbuh dengan baik. Kadar mati pokok adalah 1 %. Bagi yang pokok mati berbaris akan disulami. Bagi tahun ketiga ini kita memerlukan pembajaan 2 kali dan meracun 4 kali setahun.

Di waktu kebelakangan ini terlalu banyak pencerobohan dilakukan sama ada oleh perbuatan manusia atau binatang-binatang. Sebagaimana kita tahu ladang/kebun kita berada di dalam persekitan kampung. Saya menyeru tolonglah sama-sama kita memelihara dan memantau ladang/kebun kita. Tuan/Puan digalakkan membuat lawatan ke dalam kebun/ladang masing-masing. Usahlah semata-mata dibiarkan kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa iaitu Hj Ali dan En Abu Bakar sahaja.

Harapan kami, marilah sama-sama kita memelihara tanaman dan menjaga keselamatan kebun-kebun kita, Sama-sama kita jaga, Insyaallah dalam masa 2 ½ tahun lagi akan kita serahkan kepada pemilik-pemilik untuk ditoreh. Wassalam.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim (Amy)
Pengerusi
TSB Sg Layang

14 April 2010

Rakaman gambar-gambar semasa mesyuarat AJK TSB Sg Layang pada 2 Apr 2010

Mesyuarat dan disajikan minum petang , belanja daripada Tuan Haji Hanizan (Ali).












































































Rakaman Minit Mesyuarat AJK TSB Sg Layang pada 2 April 2010

Minit Mesyuarat AJK TSB Sg Layang Rembau, Negeri Sembilan.
Di kediaman Setiausaha Haji Abdul Hanizan bin Kidam
Tarikh: 2hb April, 2010, Jam 3.00 petang


Kehadiran:

Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim - Pengerusi
Encik Muzahar bin Adam - AJK
Encik Abu Bakar bin Yatim - AJK
Hajah Mimi Nora binti Mansor - Bendahari 2
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - Bendahari
Haji Abdul Hanizan bin Haji Kidam - Setiausaha

Turut Hadir:

Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA
Encik Mohd Samsul bin Sali - Wakil Risda Stesen Rembau
Encik Ng Fee Hiong - Glorious WoodWork Sdn. Bhd.


1. Pendahuluan

Mesyuarat bermula pada jam 3.15 petang. Mesyuarat kali ini berupakan bertemu semula rakan-rakan AJK yang telah lama tidak bermesyuarat. Pengerusi juga mengalu-alukan kedatangan dua orang Pegawai Risda iaitu Tuan Said Rashid bin Syed Muhamad dan En Shamsul bin Dali. Puan Pengerusi gembira dengan kedatangan Hajah Mimi Nora binti Mansor setelah setelah pulih daripada kemalangan yang menimpa beliau. Salam pada semua yag hadir.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat lepas

Minit Meyuarat AJK yang bertarikh 24h Julai, 2008 telah dicadang kelulusan oleh En Muzahar bin Adam dan telah disokong oleh En Abu Bakar bin Yatim.

3. Laporan Setiausaha, Haji Abdul Hanizan bin Kidam.

i. Kini projek telah berjalan 2 tahun. Semenjak benih ditanam pada bulan Mac 2008 keseluruhan pokok-pokok tumbuh dengan elok. Satu kursus Pencantasan dan penggalakkan dahan di jalan kepada AJK dan pemborong satu ketika dahulu oleh RISDA di kawasan projek. Sehubungan dengan itu cantasan pada dahan-dahan pokok telah dilakukan. Terdapat juga 1 peratus pokok-pokok yang mati walaupun pernah di sulam sebelum ini. Pokok-pokok mati ádalah disebabkan:

a. Penyakit akar
b. Gangguan musuh seperti Kerbau, Kambing dan manusia.
c. Akibat alam semula jadi seperti angin ribut.

ii. Terdapat juga kayu-kayu pagar yang telah reput. Dawai-dawai duri pagar telah berganjak daripada tempat asal seperti paku telah tercabut.

iii. Terdapat pintu-pintu pagar besi yang dirantai telah dicabut. Oleh yang demikian kawasan projek telah beberapa kali di masuki Kerbau-Kerbau yang merosakkan kulit-kulit pokok dan terdapat pokok-pokok patah.

iv. Semasa 2 tahun didalam penjagaan pemborong kerja-kerja meracun empat kali dan membaja 3 kali setahun. Pembayaran pembaikpulihan (maintenance) tiada kerana pemborong telah menanam tanaman kontan pisang, cili dan sebagainya.

v. Telah berlaku kepada lot 765 iaitu pengambilan tanah oleh Keretapi Tanah Melayu . Ini telah membabitkan kehilangan sebanyak 107 batang pokok-pokok getah. Perkara ini telah diketahui oleh pemilik iaitu Puan Paridah binti Maarof dan pagar-pagar telah dibaikinya sendiri.

4. Encik Shamsul bin Dali wakil RISDA Rembau tidak dapat memberi laporan kerana tiada fail bersamanya. Kehadiran beliau untuk menggantikan tugas Encik Abd Aziz bin Sidek yang bercuti.

3. Keputusan mesyuarat.

i. Kayu-kayu pagar yang reput dan pintu-pintu masuk (gate)yang rosak akan dibaiki oleh pemborong. Pihak RISDA membenarkan membayar kepada bahan-bahan ganti sahaja kepada pemborong. Kos baiki tanpa bayaran.

Tindakan: En Shamsul dan pemborong.


ii. Pokok-pokok yang mati berbarisan hendaklah disulam menggunakan benih yang empat/lima tingkat daun.

iii. Rawatan penyakit akar hendaklah dilakukan dengan menggali keliling pokok dengan bahan-bahan yang disediakan oleh RISDA.

Tindakan: En Shamsul dan pemborong


vi. Pengerusi akan menghantar surat pemberitahuan kepada peserta-peserta projek dan pohon dipantau bersama kerana kebelakangan ini kerap sangat pencerobohan. Tidaklah melepaskan semua tanggungjawab kepada AJK sahaja. Mesyuarat dengan peserta-peserta akan diadakan dalam bulan Syawal nanti sehubugan dengan perjumpaan Hari Raya AidlFitri.

v. En Shamsul akan membuat lawatan dengan menggunakan doc.TSI8A dan disahkan oleh Pengerusi. Sebarang bayaran-bayaran yang tertangguh kepada pemborong bolehlah dijelaskan.
Tindakan: En Shamsul.

4. Pembaikpulihan (Maintenance).

Bagi tahun 2010 pemborong Glorious Woodwork Sdn Bhd akan membuat kerja-kerja:

i. Meracun 1 hektar @RM150.00 x 4 setahun
ii. Membaja 1 bag @ RM3.00 x 2 setahun.


5. Hal-hal lain

Tuan Said Rashid minta adakan Kepala Surat (letter head) bagi projek TSB ini.

6. Penangguhan.

Pengerusi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada hadirin kerana telah membuat banyak keputusan yang boleh melegakan semua pihak. Mesyuarat di tangguhkan pada jam 4.30 petang dengan hidangan minum petang belanja daripada Setiausaha.


Dicatat oleh:


Haji Abdul Hanizan bin Kidam
Setiausaha.

Disahkan oleh:


Hajah Rokizan Binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB Sg Layang



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Usia pokok-pokok getah kini 2 tahun






Gambar-gambar setelah tanaman pokok-pokok getah berusia 2 tahun.

Pengerusi
TSB Sg Layang
Rembau, NS

Laporan terkini

Kini telah 2 tahun pokok-pokok getah ditanam. Keadaan ladang adalah kemas. Pokok-pokok getah telah dijaga dengan rapi dan sudah tinggi.

Sepanjang perjalanan projek, kami telah bermesyuarat sebanyak 10 kali iaitu 4 kali bersama tuan-tuan/wakil empunya tanah dan 6 kali Mesyuarat Ahli-Ahli Jawatankuasa.

Perkembangan projek melalui rakaman gambar-gambar

Dipersekitan Majlis Perjumpaan Dengan Peserta-Perserta Projek . Memberi tahu mengenai perkembangan semasa. 27 April 2008





Lagi perkembangan projek melalui rakaman gambar-gambar




Mesyuarat AJK pada 20.9.2007 di kediaman Setiausaha Projek TSB Sg Layang Haji Abdul Hanizan bin Kidam
yang berhadapan dengan projek.











Ahli-Ahli Jawatankuasa dan pemborong diberi kursus oleh Pegawai-pegawai RISDA mengenai pencantasan anak-anak pokok getah.





Dicelah-celah anak-anak getah ditanam pokok-pokok Pisang.

Projek bersedia untuk ditanam

Rakaman Minit-Minit Mesyuarat

_______________________________________________________________________________________

Minit Mesyuarat Perjumpaan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh RISDA(TSB Kg Sg Layang) Kebun-Kebun Kecil Mukim Tanjung Keling & Selemak, Padang Lebar Rembau, Negeri Sembilan pada 27 April 2008 di kediaman Haji Hamrizan (Ali) bin Kidam, di Kg Padang Lebar, Rembau, NS

1. Kehadiran

Seramai 23 orang empunya tanah.

2. Pendahuluan

Mesyuarat telah dimulakan pada 3.25 petang. Pengerusi Majlis telah mengalu-alukan kedatangan Pengerusi Projek TSB, Pegawai Tanam Semula NS Selatan RISDA,Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad, ahli-ahli Jawatankuasa, Bendahari, pihak kontraktor dan semua yang hadir.

3. Butiran-butiran.

1) Dalam ucapan Pegawai Risda bahawa para hadirin telah diterangkan mengenai benih-benih yang telah ditanam adalalah klon baru yang akan mengeluarkan banyak susu. Seumpama kita membela anak demikian juga kita patut lakukan terhadap tanaman pokok-pokok getah ini. Apabila dibela dengan baik dalam masa 4 ½ dari sekarang boleh mengeluarkan hasil. Pokok-pokok getah tersebut adalah bersifat balak yang akan tumbuh besar dan tinggi. Pokok-pokok jangan dicantas. Dijelaskan juga faedah daripada tanaman spontan pisang oleh kontraktor iaitu sekaligus pokok-pokok getah mendapat baja.

2) Dimaklumkan juga bahawa pihak Risda boleh memberi tunjuk cara dalam proses pembesaran pokok-pokok ini. Maka pihak Jawatankuasa perlu memohon terlebih dahulu.

3) Beliau juga memaklumkan bahawa pihak Risda akan memberi peruntukan RM 1000 sebagai wang pengurusan.

4) Menurut beliau lagi bil-bil belanja mesyuarat dan kehadiran hendaklah diberi kepada Pegawai Luar Risda En Abd Aziz bin Sidek dan beliau akan menyatakan pada pihak Risda akan memberi kelulusan wang tuntutan.

5) Pengerusi Projek TSB Puan Hajah Rokizan pula telah memaklumkan dengan panjang lebar mengenai perkembangan projek mulai daripada awal permohonan projek yakni dua tahun lalu sehingga terkini. Beliau menyentuh ada beberapa perkara mengenai tomah-tomahan orang-orang keliling dan permasalah-permasalahan yang telah dihadapi. Walaubagaimanapun semua itu telah dapat diselesaikan walaupun berliku-berliku.

6) Beliau juga minta kerjasama daripada ahli-ahli supaya sama- sama memantau keadaan/kawasan daripada musuh-musuh.

4. Perkara-perkara berbangkit.

1) Puan Seriah bt Subah bercakap bagi pihak anaknya Hamdan bin Sharif telah memohon agar pokok-pokok yang telah dimakan oleh kerbau mohon di sulam dan pihak Risda telah memberi persetujuan. Syarat yang diberi ialah dengan meningkatkan lagi pengawalan mengenai pintu-pintu besi supaya dikunci.

2) Semua yang hadir mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat didalam melaksanakan projek ini


5. Penutup

Mesysuarat di tangguhkan pada jam 4.25 petang serta diiringi dengan jamuan ringan minum petang.


Disediakan oleh:


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi

29hb April 2008


____________________________________________________________________________________


Minit Perbincangan Ahli-ahli Jawatankuasa pada 19hb Mac, 2008 jam 3.00 petang bertempat di kediaman Setiausaha, di Kampong Padang Lebar, Rembau, N.S.


Hadir:

Hajah Rokizan bint Haji Ibrahim Pengerusi
Hj Hamrizan bin Kidam Setiausaha
En Abu Bakar Ahli Jawatankuasa
Hj Mohd Mahfudz Bendahari


Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua.

Mesyuarat telah bersetuju membetulkan keaadan batu sempadan yang telah tenggelam dinaikkan semula dengan menggunakan tiang-tiang paip. Kerja-kerja akan dilakukan oleh Haji Ali dan Abu Bakar. Anggaran belanja RM800.00. - Hj Ali & Abu Bakar

Benih-benih getah yang telah ditanam diatas garis-garis sempadan hendaklah di alih mengikut kesesuaian kerana pengerusi tidak mahu pergaduhan dikalangan ahli-ahli kemudian hari. - Abu Bakar

Mesyuarat juga telah bersetuju akan memanggil tuan-tuan punya tanah untuk memberitahu perkembangan semasa. Ini akan diadakan pada 27 hb April, 2008 di kediaman Haji Hamrizan (Ali) bin Kidam, Setiausaha. - semua


Perbelajaan yang lepas-lepas melebihi 2 tahun dihapuskan oleh kerana melewati masa. Pada peringkat awal ahli-ahli jawtankuasa kurang perhatian mengenai pengambilan resit-resit. Walaupun pengerusi ada menyimpan resit-resit perbelanjaan beliau, namun sanggup melepaskan tuntutan bayaran. - semua AJK

Mesyuarat pohon tuntutan kadar bayaran daripada Risda kerana projek berperingkat telah siap. - Pengerusi

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4 petang.




Disediakan oleh:



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi


____________________________________________________________________________________



Minit Mesyuarat Kedua Cadangan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda, Kebun-Kebun Kecil Mukim Tanjung Keling & Selemak, Padang Lebar Rembau, Negeri Sembilan pada 18 hb Ogos, 2006 di Bilik Mesyuarat Pejabat Risda Stesen Rembau, Negeri Sembilan.

1. Kehadiran.

Seramai 20 orang empunya tanah telah hadir.

2. Pendahuluan.

Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim sebagai pengerusi mesyuarat telah mengalu-alukan kedatangan para hadirin. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Abd Aziz bin Sidek kerana telah dapat hadir sama di dalam mesyuarat dan membenarkan kami menggunakan bilik mesyuarat Risda tersebut.

3. Kandungan

a. Pengerusi telah menyatakan objektif mesyuarat iaitu untuk memilih Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Risda.

b. Encik Abd Aziz bin Sidek juga telah menerangkan kepada hadirin meminta hadirin memberi kuasa kepada Jawatankuasa supaya pihak Risda dapat berkoodinasi untuk melancarkan projek ini. Jawatankuasa yang akan dipilih akan bertanggjungjawab membuat keputusan demi kebaikan bersama. Pihak Risda akan memberi nasihat dan memantau dari masa kesemasa.


d. Projek ini telah diberi nama Tanaman Semula Serentak (TSS) Sungai
Layang,Rembau.

2. Perlantikan

a. Pengerusi.

Mesyuarat telah sebulat suara melantik

- Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim.

b. Setiausaha - Haji Abdul Hanizan bin Haji Kidam

c Bendahari - Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba

Timbalan Bendahari - Hajah Mimi Nora binti Mansor

d. Ahli-Ahli Jawatankuasa:
- Encik Abu Bakar bin Yatim
- Encik Muzahar bin Adam
- Puan Sariah bt Suboh
- Hajah Zaleha bt Mohd Idris
- Hajah Azizah bt Aman
- Puan Hamimah bt Yusof

3. Penutup

a. Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim telah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberi terhadap beliau. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua Jawatankuasa yang telah dipilih dan menyeru agar sama-sama berusaha dalam satu pasukan demi melaksanakan projek ini sehingga berjaya.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada 5.40 petang.


Disediakan oleh Disemak.



Haji Abdul Hanizan bin Haji Kidam,
Setiausaha


____________________________________________________________________________________


Minit Mesyuarat Membentangkan Cadangan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda, Kebun-Kebun Kecil Mukim Tanjung Keling & Selemak, Padang Lebar Rembau, Negeri Sembilan pada 17hb Julai, 2006 di Surau Kg Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilan.

1. Kehadiran

Seramai 20 orang empunya tanah.

2. Pendahuluan

a. Puan Hajah Rokizan sebagai Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan para hadirin. Turut dialukan ialah Pegawai Stesen Risda Rembau iaitu Encik Mohd Nor bin Bakar.

b. Pengerusi juga menyatakan kepada hadirin tentang objektif mesyuarat iaitu untuk memberi taklimat tentang Kertas Cadangan Tanaman Semula perkara diatas.

3. Kandungan.

a. Pengerusi membawa usul cadangan tanaman getah oleh Risda dengan cara berkelompok.

b. Encik Mohd Nor bin Bakar telah memberi makluman dan penerangan
yang terperinci mengenai usul yang telah dikemukakan.


4. Persetujuan

a. Hadirin yang hadir telah menerima baik cadangan serta bersetuju untuk memberi sokongan dan akan sentiasa berkerjasama dengan peneraju demi untuk menjayakan projek ini.


Cadangan

a. Borang-borang Permohonan hendaklah dilengkapkan dan dihantar sendiri kepada Pejabat Stesen Risda Rembau.

b. Hadirin berharap projek ini dapat dilaksanakan pada tahun 2007.

Penutup.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.


Disediakan oleh:


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Peneraju Projek




___________________________________________________________________________________




Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.

Tel. 06-6858543 (R)
019-6647460

Jun, 2006

Fail kami: GR/TSBPL

Pegawai Daerah
Pejabat Daerah & Tanah Daerah Rembau,
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan,
71300 Rembau, NS.

Tuan,

Memohon pencarian tuan-tuan punya tanah atas plan 76-B-1
Cadangan Projek Tanaman Semula (Getah) Risda
Oleh Puan Rokizan binti Haji Ibrahim
______________________________________________________________

Merujuk kepada perkara di atas bersama-sama ini disertakan satu kertas cadangan mengenai perkara di atas.

Semoga usaha murni saya ini mendapat sokongan daripada pihak tuan.

Terima kasih.

Saya yang benar,




HAJAH ROKIZAN BINTI HAJI IBRAHIM

Salinan kepada:

Pejabat Risda Stesen Rembau

Projek Tanaman Berkelompok (TSB) Sg Layang, Rembau, NS.

Asalamualaikum,

Saya sebagai pengasas projek ini telah mengemukan Kertas Cadangan untuk membangunkan tanah terbiar di kawasan tersebut.

1. Objektif.

Pekebun-kebun kecil dapat menfaatkan hartanah mereka dengan maksima produktiviti sejajar dengan seruan kerajaan mengusahakan tanah-tanah terbiar. Dengan cara sedemikian hasil-hasil yang diperolehi membawa kepada peningkatan ekonomi perseorangan, negeri dan negara.

2. Latarbelakang

Seingat saya semasa kanak-kanak ketika berumur 9 tahun hartanah tersebut ditanam semula. Sehingga kini tidak pernah lagi ditanam semula.. Pokok-pokok yang sedia ada telah menjangkau lebih 50 tahun. Terdapat lot-lot yang tiada langsung pokok getah kerana telah tumbang atau ditebang tanpa ganti. Pokok-pokok tua berada didalam semak-samun. Ini membuat keadaan persekitaran hutan rimba. Terdapat rumah-rumah dipersekitaran menjadi gelap dan menakutkan. Terdapat juga banyak musuh-musuh seperti babi hutan dan sebagainya.

Oleh kerana kini harga getah melambong naik terdapat pokok-pokok yang tua dan uzur ditoreh demi untuk mendapat susu untuk memperolehi wang bagi jangka masa pendek.

3. Memohon/Mencadang

Saya telah mengutarakan /memohon perkara ini kepada pihak Risda.

Syor ini telah diterimabaik dan meminta saya meneruskan usaha-usaha mencari
tuan- tuan punya tanah.



4. Pencarian nama tuan-tuan punya tanah persekitaran telah dimula pada 19 Jun 2006.

5. 23 orang peserta -peserta yang empunya tanah telah bersetuju mengikuti projek ini.

Assalamualaikum

Assalamualaikum semua,

Selamat datang ke blog Projek Tanaman Semula Berkelompok (TSB) Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan.

NAMA AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi - Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim.

Setiausaha - Haji Abdul Hanizan bin Haji Kidam.

Bendahari - Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba.

Timbalan Bendahari - Hajah Mimi Nora binti Mansor.

Ahli-Ahli Jawatankuasa:

Encik Abu Bakar bin Yatim.

Encik Muzahar bin Adam.

Puan Sariah bt Suboh.

Hajah Zaleha bt Mohd Idris.

Hajah Azizah bt Aman.

Puan Hamimah bt Yusof.




NAMA-NAMA PESERTA TSB SG LAYANG 2008

1.Maimon binti MaulupKg. Sg Layang, 71300 Rembau, NS.
Lot 20
.7082 hektar

2.Jamilah binti YahyaKg. Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 296
0.3827 hektar

3.Mohamad Nor bin HussinKg. Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 732
0.9257 hektar


4.Nortifah binti AbuKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 733
0.9004 hektar

5.Paridah binti Maarof29, Jln TBS 2, Tmn Bunga Sejati, Jln Kuala Sawah,
Lot 765
0.4128 hektar

6.Rokizan binti IbrahimAlamat: Lot 1589, Km 1.5, Jln Chembong-Rantau, 71300 Rembau, NS Lot 780
0.695 hektar

7.Norfadilah binti Mansor123, Lrg 1/2, Tmn Desa Kiara 70400 Sban, NS.
Lot 782
0.903 hektar

8.Muzahar bin AdamAlamat: Lot 490, Tmn Sri Rembau,, 71300 Rembau, NS.
Lot 783
0.4017 hektar

9.Maheran binti KamarudinKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 798
0.6435 hektar

10.Noriah binti HashimKg Senama Mesjid, 71300 Rembau, NS.
Lot 821
0.9687 hektar

11.Mimi Nora binti Mansor35, Jln 1/3C, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Sel.
Lot 831
0.8448 hektar

12.Azizah binti Aman32, Jln 3/112C, Kaw Perumahan C,59200 Pantai Dlm, KL.
Lot 1057
0.7208 hektar

13.Badariah binti HussinKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 1058
0.3313 hektar

14.Noriah binti HashimKg senama Masjid, 71300 Rembau, NS.
Lot 1071
0.2876 hektar

15.Mohd Hamdan bin ShariffKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 1244
0.7161 hektar

16.Jamilah binti YahyaKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 1305
0.5185 hektar

17.Nortifah binti Abu AbuKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 1307
0.7461 hektar

18.Shariah binti DaudKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 1308
0.5309 hektar

19.Iyah binti MahmudKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 1309
0.5059 hektar

20.Rapiah binti Husin10, Lrg Mewah 2, Bdr Tun Razak, 56000 KL.
Lot 1310
0.9611 hektar

21.Seriah binti SubahKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 1314
0.4806 hektar

22.Asiah binti Lebai SaidKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
N.P.050413/024689/2007
Lot1315
0.6576 hektar

23.Asiah binti Lebai SaidKg Padang Lebar, 71300 Rembau,
NS.N.P.050413/024831/2007
Lot 1315
0.6576 hektar

24.Huzaimah binti HussinKg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
Lot 1316
0.3414 hektar

25.Asiah binti MansorAlamat: Lot 3549, Jln Jati, Kg Melayu Subang,40150 Sel.
Lot 1321
0.3667 hektar