Usia pokok-pokok getah kini 2 tahun






Gambar-gambar setelah tanaman pokok-pokok getah berusia 2 tahun.

Pengerusi
TSB Sg Layang
Rembau, NS

Laporan terkini

Kini telah 2 tahun pokok-pokok getah ditanam. Keadaan ladang adalah kemas. Pokok-pokok getah telah dijaga dengan rapi dan sudah tinggi.

Sepanjang perjalanan projek, kami telah bermesyuarat sebanyak 10 kali iaitu 4 kali bersama tuan-tuan/wakil empunya tanah dan 6 kali Mesyuarat Ahli-Ahli Jawatankuasa.

Perkembangan projek melalui rakaman gambar-gambar

Dipersekitan Majlis Perjumpaan Dengan Peserta-Perserta Projek . Memberi tahu mengenai perkembangan semasa. 27 April 2008





Lagi perkembangan projek melalui rakaman gambar-gambar




Mesyuarat AJK pada 20.9.2007 di kediaman Setiausaha Projek TSB Sg Layang Haji Abdul Hanizan bin Kidam
yang berhadapan dengan projek.











Ahli-Ahli Jawatankuasa dan pemborong diberi kursus oleh Pegawai-pegawai RISDA mengenai pencantasan anak-anak pokok getah.





Dicelah-celah anak-anak getah ditanam pokok-pokok Pisang.

Projek bersedia untuk ditanam

Rakaman Minit-Minit Mesyuarat

_______________________________________________________________________________________

Minit Mesyuarat Perjumpaan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh RISDA(TSB Kg Sg Layang) Kebun-Kebun Kecil Mukim Tanjung Keling & Selemak, Padang Lebar Rembau, Negeri Sembilan pada 27 April 2008 di kediaman Haji Hamrizan (Ali) bin Kidam, di Kg Padang Lebar, Rembau, NS

1. Kehadiran

Seramai 23 orang empunya tanah.

2. Pendahuluan

Mesyuarat telah dimulakan pada 3.25 petang. Pengerusi Majlis telah mengalu-alukan kedatangan Pengerusi Projek TSB, Pegawai Tanam Semula NS Selatan RISDA,Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad, ahli-ahli Jawatankuasa, Bendahari, pihak kontraktor dan semua yang hadir.

3. Butiran-butiran.

1) Dalam ucapan Pegawai Risda bahawa para hadirin telah diterangkan mengenai benih-benih yang telah ditanam adalalah klon baru yang akan mengeluarkan banyak susu. Seumpama kita membela anak demikian juga kita patut lakukan terhadap tanaman pokok-pokok getah ini. Apabila dibela dengan baik dalam masa 4 ½ dari sekarang boleh mengeluarkan hasil. Pokok-pokok getah tersebut adalah bersifat balak yang akan tumbuh besar dan tinggi. Pokok-pokok jangan dicantas. Dijelaskan juga faedah daripada tanaman spontan pisang oleh kontraktor iaitu sekaligus pokok-pokok getah mendapat baja.

2) Dimaklumkan juga bahawa pihak Risda boleh memberi tunjuk cara dalam proses pembesaran pokok-pokok ini. Maka pihak Jawatankuasa perlu memohon terlebih dahulu.

3) Beliau juga memaklumkan bahawa pihak Risda akan memberi peruntukan RM 1000 sebagai wang pengurusan.

4) Menurut beliau lagi bil-bil belanja mesyuarat dan kehadiran hendaklah diberi kepada Pegawai Luar Risda En Abd Aziz bin Sidek dan beliau akan menyatakan pada pihak Risda akan memberi kelulusan wang tuntutan.

5) Pengerusi Projek TSB Puan Hajah Rokizan pula telah memaklumkan dengan panjang lebar mengenai perkembangan projek mulai daripada awal permohonan projek yakni dua tahun lalu sehingga terkini. Beliau menyentuh ada beberapa perkara mengenai tomah-tomahan orang-orang keliling dan permasalah-permasalahan yang telah dihadapi. Walaubagaimanapun semua itu telah dapat diselesaikan walaupun berliku-berliku.

6) Beliau juga minta kerjasama daripada ahli-ahli supaya sama- sama memantau keadaan/kawasan daripada musuh-musuh.

4. Perkara-perkara berbangkit.

1) Puan Seriah bt Subah bercakap bagi pihak anaknya Hamdan bin Sharif telah memohon agar pokok-pokok yang telah dimakan oleh kerbau mohon di sulam dan pihak Risda telah memberi persetujuan. Syarat yang diberi ialah dengan meningkatkan lagi pengawalan mengenai pintu-pintu besi supaya dikunci.

2) Semua yang hadir mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat didalam melaksanakan projek ini


5. Penutup

Mesysuarat di tangguhkan pada jam 4.25 petang serta diiringi dengan jamuan ringan minum petang.


Disediakan oleh:


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi

29hb April 2008


____________________________________________________________________________________


Minit Perbincangan Ahli-ahli Jawatankuasa pada 19hb Mac, 2008 jam 3.00 petang bertempat di kediaman Setiausaha, di Kampong Padang Lebar, Rembau, N.S.


Hadir:

Hajah Rokizan bint Haji Ibrahim Pengerusi
Hj Hamrizan bin Kidam Setiausaha
En Abu Bakar Ahli Jawatankuasa
Hj Mohd Mahfudz Bendahari


Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua.

Mesyuarat telah bersetuju membetulkan keaadan batu sempadan yang telah tenggelam dinaikkan semula dengan menggunakan tiang-tiang paip. Kerja-kerja akan dilakukan oleh Haji Ali dan Abu Bakar. Anggaran belanja RM800.00. - Hj Ali & Abu Bakar

Benih-benih getah yang telah ditanam diatas garis-garis sempadan hendaklah di alih mengikut kesesuaian kerana pengerusi tidak mahu pergaduhan dikalangan ahli-ahli kemudian hari. - Abu Bakar

Mesyuarat juga telah bersetuju akan memanggil tuan-tuan punya tanah untuk memberitahu perkembangan semasa. Ini akan diadakan pada 27 hb April, 2008 di kediaman Haji Hamrizan (Ali) bin Kidam, Setiausaha. - semua


Perbelajaan yang lepas-lepas melebihi 2 tahun dihapuskan oleh kerana melewati masa. Pada peringkat awal ahli-ahli jawtankuasa kurang perhatian mengenai pengambilan resit-resit. Walaupun pengerusi ada menyimpan resit-resit perbelanjaan beliau, namun sanggup melepaskan tuntutan bayaran. - semua AJK

Mesyuarat pohon tuntutan kadar bayaran daripada Risda kerana projek berperingkat telah siap. - Pengerusi

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4 petang.




Disediakan oleh:



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi


____________________________________________________________________________________



Minit Mesyuarat Kedua Cadangan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda, Kebun-Kebun Kecil Mukim Tanjung Keling & Selemak, Padang Lebar Rembau, Negeri Sembilan pada 18 hb Ogos, 2006 di Bilik Mesyuarat Pejabat Risda Stesen Rembau, Negeri Sembilan.

1. Kehadiran.

Seramai 20 orang empunya tanah telah hadir.

2. Pendahuluan.

Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim sebagai pengerusi mesyuarat telah mengalu-alukan kedatangan para hadirin. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Abd Aziz bin Sidek kerana telah dapat hadir sama di dalam mesyuarat dan membenarkan kami menggunakan bilik mesyuarat Risda tersebut.

3. Kandungan

a. Pengerusi telah menyatakan objektif mesyuarat iaitu untuk memilih Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Risda.

b. Encik Abd Aziz bin Sidek juga telah menerangkan kepada hadirin meminta hadirin memberi kuasa kepada Jawatankuasa supaya pihak Risda dapat berkoodinasi untuk melancarkan projek ini. Jawatankuasa yang akan dipilih akan bertanggjungjawab membuat keputusan demi kebaikan bersama. Pihak Risda akan memberi nasihat dan memantau dari masa kesemasa.


d. Projek ini telah diberi nama Tanaman Semula Serentak (TSS) Sungai
Layang,Rembau.

2. Perlantikan

a. Pengerusi.

Mesyuarat telah sebulat suara melantik

- Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim.

b. Setiausaha - Haji Abdul Hanizan bin Haji Kidam

c Bendahari - Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba

Timbalan Bendahari - Hajah Mimi Nora binti Mansor

d. Ahli-Ahli Jawatankuasa:
- Encik Abu Bakar bin Yatim
- Encik Muzahar bin Adam
- Puan Sariah bt Suboh
- Hajah Zaleha bt Mohd Idris
- Hajah Azizah bt Aman
- Puan Hamimah bt Yusof

3. Penutup

a. Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim telah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberi terhadap beliau. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua Jawatankuasa yang telah dipilih dan menyeru agar sama-sama berusaha dalam satu pasukan demi melaksanakan projek ini sehingga berjaya.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada 5.40 petang.


Disediakan oleh Disemak.



Haji Abdul Hanizan bin Haji Kidam,
Setiausaha


____________________________________________________________________________________


Minit Mesyuarat Membentangkan Cadangan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda, Kebun-Kebun Kecil Mukim Tanjung Keling & Selemak, Padang Lebar Rembau, Negeri Sembilan pada 17hb Julai, 2006 di Surau Kg Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilan.

1. Kehadiran

Seramai 20 orang empunya tanah.

2. Pendahuluan

a. Puan Hajah Rokizan sebagai Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan para hadirin. Turut dialukan ialah Pegawai Stesen Risda Rembau iaitu Encik Mohd Nor bin Bakar.

b. Pengerusi juga menyatakan kepada hadirin tentang objektif mesyuarat iaitu untuk memberi taklimat tentang Kertas Cadangan Tanaman Semula perkara diatas.

3. Kandungan.

a. Pengerusi membawa usul cadangan tanaman getah oleh Risda dengan cara berkelompok.

b. Encik Mohd Nor bin Bakar telah memberi makluman dan penerangan
yang terperinci mengenai usul yang telah dikemukakan.


4. Persetujuan

a. Hadirin yang hadir telah menerima baik cadangan serta bersetuju untuk memberi sokongan dan akan sentiasa berkerjasama dengan peneraju demi untuk menjayakan projek ini.


Cadangan

a. Borang-borang Permohonan hendaklah dilengkapkan dan dihantar sendiri kepada Pejabat Stesen Risda Rembau.

b. Hadirin berharap projek ini dapat dilaksanakan pada tahun 2007.

Penutup.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.


Disediakan oleh:


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Peneraju Projek




___________________________________________________________________________________




Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.

Tel. 06-6858543 (R)
019-6647460

Jun, 2006

Fail kami: GR/TSBPL

Pegawai Daerah
Pejabat Daerah & Tanah Daerah Rembau,
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan,
71300 Rembau, NS.

Tuan,

Memohon pencarian tuan-tuan punya tanah atas plan 76-B-1
Cadangan Projek Tanaman Semula (Getah) Risda
Oleh Puan Rokizan binti Haji Ibrahim
______________________________________________________________

Merujuk kepada perkara di atas bersama-sama ini disertakan satu kertas cadangan mengenai perkara di atas.

Semoga usaha murni saya ini mendapat sokongan daripada pihak tuan.

Terima kasih.

Saya yang benar,




HAJAH ROKIZAN BINTI HAJI IBRAHIM

Salinan kepada:

Pejabat Risda Stesen Rembau

Projek Tanaman Berkelompok (TSB) Sg Layang, Rembau, NS.

Asalamualaikum,

Saya sebagai pengasas projek ini telah mengemukan Kertas Cadangan untuk membangunkan tanah terbiar di kawasan tersebut.

1. Objektif.

Pekebun-kebun kecil dapat menfaatkan hartanah mereka dengan maksima produktiviti sejajar dengan seruan kerajaan mengusahakan tanah-tanah terbiar. Dengan cara sedemikian hasil-hasil yang diperolehi membawa kepada peningkatan ekonomi perseorangan, negeri dan negara.

2. Latarbelakang

Seingat saya semasa kanak-kanak ketika berumur 9 tahun hartanah tersebut ditanam semula. Sehingga kini tidak pernah lagi ditanam semula.. Pokok-pokok yang sedia ada telah menjangkau lebih 50 tahun. Terdapat lot-lot yang tiada langsung pokok getah kerana telah tumbang atau ditebang tanpa ganti. Pokok-pokok tua berada didalam semak-samun. Ini membuat keadaan persekitaran hutan rimba. Terdapat rumah-rumah dipersekitaran menjadi gelap dan menakutkan. Terdapat juga banyak musuh-musuh seperti babi hutan dan sebagainya.

Oleh kerana kini harga getah melambong naik terdapat pokok-pokok yang tua dan uzur ditoreh demi untuk mendapat susu untuk memperolehi wang bagi jangka masa pendek.

3. Memohon/Mencadang

Saya telah mengutarakan /memohon perkara ini kepada pihak Risda.

Syor ini telah diterimabaik dan meminta saya meneruskan usaha-usaha mencari
tuan- tuan punya tanah.



4. Pencarian nama tuan-tuan punya tanah persekitaran telah dimula pada 19 Jun 2006.

5. 23 orang peserta -peserta yang empunya tanah telah bersetuju mengikuti projek ini.