Surat Perkeliling (1)(2010) TSB Sg Layang



Tanam Semula Berkelompok TSB Sg Layang

Sukacita dimaklumkan bahawa projek kita yang tersebut diatas kini telah berusia 2 tahun.

Keadaan dan tanaman pokok-pokok getah adalah tumbuh dengan baik. Kadar mati pokok adalah 1 %. Bagi yang pokok mati berbaris akan disulami. Bagi tahun ketiga ini kita memerlukan pembajaan 2 kali dan meracun 4 kali setahun.

Di waktu kebelakangan ini terlalu banyak pencerobohan dilakukan sama ada oleh perbuatan manusia atau binatang-binatang. Sebagaimana kita tahu ladang/kebun kita berada di dalam persekitan kampung. Saya menyeru tolonglah sama-sama kita memelihara dan memantau ladang/kebun kita. Tuan/Puan digalakkan membuat lawatan ke dalam kebun/ladang masing-masing. Usahlah semata-mata dibiarkan kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa iaitu Hj Ali dan En Abu Bakar sahaja.

Harapan kami, marilah sama-sama kita memelihara tanaman dan menjaga keselamatan kebun-kebun kita, Sama-sama kita jaga, Insyaallah dalam masa 2 ½ tahun lagi akan kita serahkan kepada pemilik-pemilik untuk ditoreh. Wassalam.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim (Amy)
Pengerusi
TSB Sg Layang

14 April 2010

Rakaman gambar-gambar semasa mesyuarat AJK TSB Sg Layang pada 2 Apr 2010

Mesyuarat dan disajikan minum petang , belanja daripada Tuan Haji Hanizan (Ali).












































































Rakaman Minit Mesyuarat AJK TSB Sg Layang pada 2 April 2010

Minit Mesyuarat AJK TSB Sg Layang Rembau, Negeri Sembilan.
Di kediaman Setiausaha Haji Abdul Hanizan bin Kidam
Tarikh: 2hb April, 2010, Jam 3.00 petang


Kehadiran:

Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim - Pengerusi
Encik Muzahar bin Adam - AJK
Encik Abu Bakar bin Yatim - AJK
Hajah Mimi Nora binti Mansor - Bendahari 2
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - Bendahari
Haji Abdul Hanizan bin Haji Kidam - Setiausaha

Turut Hadir:

Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA
Encik Mohd Samsul bin Sali - Wakil Risda Stesen Rembau
Encik Ng Fee Hiong - Glorious WoodWork Sdn. Bhd.


1. Pendahuluan

Mesyuarat bermula pada jam 3.15 petang. Mesyuarat kali ini berupakan bertemu semula rakan-rakan AJK yang telah lama tidak bermesyuarat. Pengerusi juga mengalu-alukan kedatangan dua orang Pegawai Risda iaitu Tuan Said Rashid bin Syed Muhamad dan En Shamsul bin Dali. Puan Pengerusi gembira dengan kedatangan Hajah Mimi Nora binti Mansor setelah setelah pulih daripada kemalangan yang menimpa beliau. Salam pada semua yag hadir.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat lepas

Minit Meyuarat AJK yang bertarikh 24h Julai, 2008 telah dicadang kelulusan oleh En Muzahar bin Adam dan telah disokong oleh En Abu Bakar bin Yatim.

3. Laporan Setiausaha, Haji Abdul Hanizan bin Kidam.

i. Kini projek telah berjalan 2 tahun. Semenjak benih ditanam pada bulan Mac 2008 keseluruhan pokok-pokok tumbuh dengan elok. Satu kursus Pencantasan dan penggalakkan dahan di jalan kepada AJK dan pemborong satu ketika dahulu oleh RISDA di kawasan projek. Sehubungan dengan itu cantasan pada dahan-dahan pokok telah dilakukan. Terdapat juga 1 peratus pokok-pokok yang mati walaupun pernah di sulam sebelum ini. Pokok-pokok mati ádalah disebabkan:

a. Penyakit akar
b. Gangguan musuh seperti Kerbau, Kambing dan manusia.
c. Akibat alam semula jadi seperti angin ribut.

ii. Terdapat juga kayu-kayu pagar yang telah reput. Dawai-dawai duri pagar telah berganjak daripada tempat asal seperti paku telah tercabut.

iii. Terdapat pintu-pintu pagar besi yang dirantai telah dicabut. Oleh yang demikian kawasan projek telah beberapa kali di masuki Kerbau-Kerbau yang merosakkan kulit-kulit pokok dan terdapat pokok-pokok patah.

iv. Semasa 2 tahun didalam penjagaan pemborong kerja-kerja meracun empat kali dan membaja 3 kali setahun. Pembayaran pembaikpulihan (maintenance) tiada kerana pemborong telah menanam tanaman kontan pisang, cili dan sebagainya.

v. Telah berlaku kepada lot 765 iaitu pengambilan tanah oleh Keretapi Tanah Melayu . Ini telah membabitkan kehilangan sebanyak 107 batang pokok-pokok getah. Perkara ini telah diketahui oleh pemilik iaitu Puan Paridah binti Maarof dan pagar-pagar telah dibaikinya sendiri.

4. Encik Shamsul bin Dali wakil RISDA Rembau tidak dapat memberi laporan kerana tiada fail bersamanya. Kehadiran beliau untuk menggantikan tugas Encik Abd Aziz bin Sidek yang bercuti.

3. Keputusan mesyuarat.

i. Kayu-kayu pagar yang reput dan pintu-pintu masuk (gate)yang rosak akan dibaiki oleh pemborong. Pihak RISDA membenarkan membayar kepada bahan-bahan ganti sahaja kepada pemborong. Kos baiki tanpa bayaran.

Tindakan: En Shamsul dan pemborong.


ii. Pokok-pokok yang mati berbarisan hendaklah disulam menggunakan benih yang empat/lima tingkat daun.

iii. Rawatan penyakit akar hendaklah dilakukan dengan menggali keliling pokok dengan bahan-bahan yang disediakan oleh RISDA.

Tindakan: En Shamsul dan pemborong


vi. Pengerusi akan menghantar surat pemberitahuan kepada peserta-peserta projek dan pohon dipantau bersama kerana kebelakangan ini kerap sangat pencerobohan. Tidaklah melepaskan semua tanggungjawab kepada AJK sahaja. Mesyuarat dengan peserta-peserta akan diadakan dalam bulan Syawal nanti sehubugan dengan perjumpaan Hari Raya AidlFitri.

v. En Shamsul akan membuat lawatan dengan menggunakan doc.TSI8A dan disahkan oleh Pengerusi. Sebarang bayaran-bayaran yang tertangguh kepada pemborong bolehlah dijelaskan.
Tindakan: En Shamsul.

4. Pembaikpulihan (Maintenance).

Bagi tahun 2010 pemborong Glorious Woodwork Sdn Bhd akan membuat kerja-kerja:

i. Meracun 1 hektar @RM150.00 x 4 setahun
ii. Membaja 1 bag @ RM3.00 x 2 setahun.


5. Hal-hal lain

Tuan Said Rashid minta adakan Kepala Surat (letter head) bagi projek TSB ini.

6. Penangguhan.

Pengerusi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada hadirin kerana telah membuat banyak keputusan yang boleh melegakan semua pihak. Mesyuarat di tangguhkan pada jam 4.30 petang dengan hidangan minum petang belanja daripada Setiausaha.


Dicatat oleh:


Haji Abdul Hanizan bin Kidam
Setiausaha.

Disahkan oleh:


Hajah Rokizan Binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB Sg Layang



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------