Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Allah kerana diberi peluang sekali lagi untuk bertemu semula dengan bulan Ramadhan yang diberkatiNya.

Oleh itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H dan Selamat Berpuasa'.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Rakaman gambar-gambar Mesyurat AJK 24..06.2011

Mesyuarat telah diadakan di Pejabat Pengerusi di Chembong.

Membincangan mengenai penyelenggaraan.



Bayaran penyelenggaran tahun 2 & tahun 3 melalui cek dibuat kepada Pemborong.













06-6858543(R)
019-6647460
rokizan@yahoo.com
http://tsbsglayang.blogspot.com

16hb Jun, 2011

Fail kami: GR/TSBPL

Tuan Said Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Tuan,

Mesyuarat Jawatankuasa TSB Sg Layang
Tarikh : 24hb Jun 2011, Jumaat
Jam : 5.00 petang
Tempat : Di Pejabat Ghazro, 7A, Jalan TRP 1, Tmn Rembau Permata, Chembong,
________Rembau.__
________________________________________________

Saya merujuk kepada perkara diatas dan ingin menjemput tuan hadir pada mesyuarat tersebut.

2. Kami mengalu-alukan kehadiran tuan pada mesyuarat ini yang adakandiadakan sejurus selepas Mesyuarat AJK TSB (ME) PJ. Kehadiran dan sokongan tuan amat-amat dihargai

3. Bersama-sama ini disertakan juga agenda mesyuarat.


4. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih

Saya yang benar,



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB Sg Layang, Rembau.

Salinan kepada: Ketua Stesyen Risda Rembau

Semua Ahli-Ahli Jawatankuasa:

Encik Muzahar bin Adam - AJK
Encik Abu Bakar bin Yatim - AJK
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - Bendahari
Hajah Mimi Nora binti Mansor - Bendahari 2

Haji Abdul Hanizan bin Haji Kidam - Setiausaha

Glorious Woodwork Sdn Bhd
2356, Taman Indah, Tampin, NS (UP: NG FEE HIONG)





Agenda mesyuarat


- Membentangkan perkara-perkara semasa.

- Perkara-perkara berbangkit.

- Penyata Kewangan.

- Hal-hal lain.

Keadaan kebun terkini - Pokok-pokok berusia 3 1/2 tahun.

Baru selesai meracun.





Pukulan angin kencang pada 15 Feb 2011

Pokok getah yang berumur 3 tahun yang hidup subur dalam keadaan ladang yang bersih.

Kelihatan banyak pokok yang tumbangan lantaran pukulan angin kencang.