11hb Oktober, 2013, Mesyuarat/Taklimat oleh RISDA FASA 2 - Produktiviti.Tanam Semula Berkelompok Sg Layang, Rembau, Negeri Sembilan (Surat Pemberitahuan)


Tanam Semula Berkelompok Sg Layang, Rembau,  Negeri Sembilan
D/A Lot 1589, Km 1.5  Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.
Tel. 06-6858543(R)
        019-6647460
 04hb Okt, 2013
rokizan@yahoo.com
Fail kami:  GR/TSBPL

Semua AJK Tanam Semula Berkelompok Sg Layang (TSB SL)
Semua Peserta/Rakan kongsi  Tanam Berkelompok Sg Layang (TSB SL)
Melalui:
Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula  Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Tuan,
Mesyuarat/Taklimat oleh RISDA Mengenai Fasa 2 - Produktiviti
Tarikh   :  11hb Oktober, 2013, Jumaat
Jam       :  2.30 petang
Tempat :  Di Bengkel Pungut Getah di dalam kebun lot 780 (dihujung kawasan projek mengikuti jalan   masuk dari simpang   Sungai Layang) Rembau, Negeri Sembilan
__________________________________________________________________________________

Saya  merujuk kepada perkara diatas dan memaklumkan bahawa satu mesyuarat RISDA bersama semua tuan empunyai tanah/rakan kongsi  akan diadakan.
2.        Semua dijemput dan perlu hadir dengan membawa 2 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT.
3.        Semoga dengan kehadiran tuan di mesyuarat tersebut akan dapat  memberi menfaat kepada  semua. 
4.              Bersama-sama ini disertakan juga agenda mesyuarat. Terima kasih.

Saya yang benar,

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB Sg Layang, Rembau.

Salinan kepada:
Pegawai Pemasaran RISDA NS Selatan - Puan Mawarni
Ketua Steasen RISDA Rembau – Tuan Haji Mansor

Agenda:
2.30 ptg  - Pendaftaran
2.45 Mesyuarat/Taklimat
      - Penyerahan Mangkok/Baja.
      - Isi borang Lembaga Getah Malaysia (LGM)
      - Minum Petang
      - Bersurai   


11 Sep 2013 Pengerusi mengadakan perbincangan dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM).



05 Sep 2013.  Pengerusi  menghadiri Bengkel Pemasaran





n oleh RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB) di Pejabat RISDA Tampin.


 ____________________________________________________________________________


 24 Ogos, 2013.

Kerja-kerja pembinaan Depoh Pungut Getah bermula.


27hb Mei, 2013. Pihak RISDA melihat tapak untuk pembangunan Depoh Pungut Getah di Lot 780

BERITA TERKINI. Pemberitahuan Pemberian wang RM500.00 kepada pekebun-pekebun kecil.

Dimaklumkan kepada semua Ahli-Ahli Pekebun Kecil TSB Sg Layang.  Sila semak nama anda dengan membawa geran lot tanah untuk pembayaran. Penyemakan hendaklah dibuat di Pejabat RISDA Tampin pada hari ini 26hb April 2013.  Pembayaran berbentuk cek akan dibuat pada hari Isnin 29hb April, 2013.  Sila juga sediakan nombor akaun bank anda.  keterangan lanjut  sila telefon Pejabat RISDA Tampin  06-4415418.Terima kasih.

Pengerusi.
TSB Sg Layang.

Perbincangan Pembinaan Depuh Pungutan Setempat.

Pada 19 April, 2013, jam 10.00 bertempat dikediaman Pengerusi,  telah diadakan perbincangan dengan Puan Mawarni, Pegawai RISDA Negeri Sembilan Selatan mengenai  pembinaan Depuh Pungutan Setempat di TSB Sg Layang. Rakaman gambar-gambar disertakan.




ULASAN DARIPADA PENGERUSI


ULASAN PENGERUSI TENTANG  PENGURUSAN TANAMAN SEMULA  BERKELOMPOK (TSB) SG LAYANG.

1. MUKADIMAH

Projek  TSB Sg Layang  ini telah  kami mula pengurusannya pada 15 Jun, 2006 dan daripada peringkat awal kos  saya sendiri membiayainya
Sememangnya hasrat saya untuk melihat Kg Perigi Jernih yang bersempadan dengan  Kg. Padang Lebar ini, khasnya  kebun getah yang telah menjadi hutan rimba sejak 50 tahun lalu dibersih/dikemaskan.   Saya tahu hutan yang terletak di dalam kampung ini ada pemilik-pemiliknya namun tidak diusahakan termasuklah  harta kepunyaan saya yang telah lama saya tinggalkan kerana berhijrah ke negeri-negeri  lain kerana tuntutan tugas.  Harta ada dibiarkan.  Dalam keadaan semak samun yang menggamit pencuri, binatang yang tidak diingini seperti Babi Hutan  , Kera, Ular dan sebagainya mengganggu penduduk-penduduk.  Dalam semak-samun terdapat sedikit pokok-pokok getah tua ditoreh dengan rakus demi mendapat rezeki mentelahan pula harga Getah Segerap ketika itu mencecah RM8,00 sekilogram.  Daripada  situ timbul keinginan saya mengusahakan lot saya.  Tetapi jauh di sudut hati, saya  dengan rela dan ikhlas hati  ingin berbakti mengusahakan bersama-sama harta pemilik-pemilik lain,  masyarakat kampung warga emas yang kebanyakannya saya kenal.
Saya telah mengambil inisiatif untuk menjadikan semula harta-harta terbiar ini dengan harapan pemilik-pemiliknya   nanti akan mendapat hasil daripada harta masing-masing sekaligus meningkatkan ekonomi mereka di usia-usia meniti tua.  Selain daripada itu kampung ini nanti menjadi berih/kemas bebas dari hutan.  Ini saya kira satu hasrat dan sumbangan saya yang baik terhadap masyarakat kampung itu.
Apabila saya telah  berjaya  mengumpulkan pemilik-pemilik melalui pencarian  melalui sistem di Pejabat Tanah Negeri Sembilan maka suatu Jawatankuasa  telah diwujudkan untuk perlaksanasaan pengurusannya didalam mesyuarat pertama kali diadakan iaitu pada 17 Julai 2006.   Apabila terbentuk Ahli-Ahli Jawatankuasa TSB Sg Layang maka barulah  saya mendapat sokongan daripada RISDA Stesen Rembau. RISDA  bertindak sebagai penyelaras pentadbiran dan juga selaku penasihat.  Jawatankuasa telah melantik kontraktor untuk proses  kerja-kerja penanaman semula  bermula daripada penebangan hutan  sehingga  pembaikbulih (maintenance) untuk 2 tahun kontrak dan akan disambung apapbila perlu.  Ketiga-tiga  badan  ini iaitu Jawatankuasa, RISDA dan Kontraktor dipilih, bergerak seiring jalan  demi memastikan  projek berjalan baik untuk mencapai objektifnya, 4 1/2  -  5  tahun kehadapan nanti akan mendatangkan hasil.

2.  KEKANGAN.
Kebanyakan ahli-ahli  keluarga pemilik daripada peringkat awal lagi mempunyai pesepsi yang negatif. Amat sukar mendapat individu yang mahu  bekhidmat sebagai AJK.  Anak-anak dan cucu-cucu  pemilik yang muda-muda  langsung tiada berminat.  Warga emas kurang  berpengetahuan dalam penulisan jauh sekali celik IT.  Setelah berjaya memilih 8 orang  maka   2 orang sahaja yang boleh dan sanggup turun  padang.  Selain daripada Bendahari, catatan minit-minit  mesyuarat hingga kepada  terhasilnya Minit-minit  Mesyuarat dilakukankan oleh Pengerusi -  on one man show.Ini amat membebankan Pengerusi namun semua tugas dan tanggungjawab wajib dilakukan.  Pemilik menyerahkan bulat-bulat kepada AJK kerana  almaklum  usia mereka yang tua-tua dan tiada berkemampuan lagi.     Satu perkara yang bagus  daripada pemilik, apabila diminta hadir ke Mesyuarat Agong mereka tetap hadir beri sokongan.

         a. PENGKHIANATAN.

Daripada peringkat awal pengkhianatan berlaku yang mana pintu-pintu besi di kopak.  Dawai-awai besi di potong.  Pagar kawat dibuka maka binatang-binatang ternakan seperti Kerbau membinasakan tanaman. Kerosakan-keosakan   perlu dibaiki.
b.  KEROSAKAN OLEH SEBAB BENCANA ALAM..
Berlarutan cuaca  panas  membuat anak-anak benih yang telah tanam  mati. Kerja-kerja menyulam terpaksa dilakukan. Angin ribut membuat pokok-pokok yang telah hidup besar tumbang dan terus mati.  Ada pokok-pokok yang boleh ditegakkan semula dengan cara menupang dan diikat kepada batang-batang yang berhampiran.
c.  PERTUKARAN/KETIADAAN  KAKITANGAN DI STESEN RISDA REMBAU .
Kes-kes seumpama ini berlaku dan melewatkan kelancaran projek.  Hantaran benih-benih pokok juga  tidak mengikut jadual. Sebagai contoh tarikh sasaran menanam ialah pada Dis 2007 tetapi  tanaman bermula  pada April 2008.  Namun untuk meneruskan kelansungan kerja,  Pengerusi telah bertindak berhubung terus dengan Pegawai Tanam Semula Negeri Selatan.  Beliau telah banyak memberis okongan dan  kejasama.
d.  BAYARAN KEPADA KONTRAKTOR LAMBAT.
Bayaran kepada kontraktor lambat oleh pihak RISDA bertambah memeningkan kepala  Pengerusi.
    Perkara-perkara seumpam ini  telah banyak memberi  tekanan  kepada Pengerusi namun kerja-kerja beres.

3.   KEADAAN KINI.
Mesyuarat Agong telah diadakan pada  15 September 2012. Maka Fasa Pertama  yakni tanam semula selesai. Setelah  4 1/2 tahun daripada tarikh menanam, lilitan pokok  puratanya  telah capai 22 inci RISDA telah memuji projek TSB Sg Layang ini kerana telah berjaya sepenuhnya  dengan tercapainya objektif.
Dimaklumkan banyak lagi bantuan yang akan dibekalkan oleh RISDA bagi Fasa kedua pula.  Semangnya hasrat kerajaan yang memerintah  ingin membantu Pekebun-Pekebun Kecil  apabila sesuatu Jawatankuaasan TSB itu dapat mengurus dengan baik.  Bantuan alat-alat penorehan, baja , Depoh Pungutan hasil Getah dan berbagai-bagai lagi.
Maka pemilik-pemilik telah  sebulat suara meminta mengekalkan AJK yang ada untuk meneruskan Fasa Kedua iaitu iaitu produktiviti.
Didalam masa penantian hasil prouktiviti getah, 2 orang Ahli Jawatankuasa yang berusaha telah mengeluarkan suara  bahawa mereka telah  letih memberi sumbangan tenaga.   Pengerusi amat  faham  kerja-kerja murni yang telah mereka lakukan amat memenatkan. Bagi pendapat Pengerusi, kebaikan itu sentiasa dirahmahti Allah s.w.t.
Oleh yang demikian  dalam proses menunggu daripada pihak RISDA membekalkan peralatan ada pemilik yang tidak sabar telah mengupahkan orang menoreh untuk mendapat hasil. 
 
Pihak RISDA telah memberi taklimat di dalam Majlis Penerangan Skim Insentif Produktiviti Getah Dan Program Produktiviti Getah bersama pemilik-pemlik yang telah diadakan  pada 3hb Mac 2013. Pengisian  orang-borang  pembekalkan alat-alat torehan dan baja telah disempurnakan. Kini kami masih menunggu  subsidi peralatan tersebut.
Depoh pungutan setempat juga akan dibina seluas 10 kaki x 25 kaki untuk pungutan hasil setempat. Didapati tiada pemilik yang sanggup menyumbang tapak , maka Pengerusi dengan rela hati secara ikhlasnya membenarkan Depoh tersebut didirikan di atas lot beliau.

4.  PENGHARGAAN.
Saya sebagai Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat:
a.            Pemilik-pemilik harta.
b.            Semua AJK yang berusaha.
c.          Semua kakitangan  Agensi  RISDA daripada Pusat, Negeri dan Daerah/Stesen khasnya kepada Tuan Syed Rashid bin Muhamad, Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan selaku pegawai yang terus mengelolakan  TSB Sg Layang ini dengan Pengerusi.
d.          Kepada Kontraktor  Glorious Woodworks Sdn Bhd  yang tidak jemu bekerja.
e.         Suami dan anak-anak saya yang sentiasa memberi sokongan dalam usaha-usaha  saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerana Allah S.W.T.ini.

5.  KESIMPULAN.
Pengerusi  memanjangkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T  dengan kejayaan projek TSB Sg Layang ini. Walaupun  dalam menentukan kejayaan projek ini  sepanjang tujuh tahun bukanlah suatu perkara yang mudah namun  komitment yang tingggi oleh Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa, Agensi yang terlibat khasnya RISDA dan kontraktor maka ianya telah berjaya mencapai objektif.
Maka kini dengan hasrat kerajaan yang ada, mahu menentukan Pekebun-Pekebun Kecil  mendapat pendapatan RM4000 – RM5000 sehektar akan membuahkan hasil. Yang paling menyeronokkan Pengerusi apabila dasar ini dikemukakan kerajaan kini , projek TSB Sg Layang  sedia ada dan menepati sasaran.  Alhamdulillah. [1]



Disediakan oleh:


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
Tanam Semula Berkelompok (TSB) Sungai Layang.







[1]

13 Mac 2013, Lawatan Peserta Kursus Penilaian Hartanah Getah & Sawit di TSB Sg Layang, Rembau, NS.






Tuan Syed, Peg Tanam Semula NS Selatan memberi penerangan mengenai torehan.


Pokok-pokok sedia untuk dibuka plan untuk torehan.


Saya telah memberi taklimat di  dalam kebun kepada 30 peserta teridiri daripada Pegawai-Pegawai Pnilaian Hartatanah dari seluruh Malaysia berkursus di INSPEN Bangi.

8hb Mac 2013, jam 3.00 ptg Majlis Penerangan Skim Insentif Produktiviti Getah & Program Produktiviti Getah.


Tuan Hj Mansor bin Abd Kadir, Ketua Stesen RISDA Rembau, NS. telah menyampaikan taklimat di perkarangan rumah ahli Puan Hjh Iyah bt Mahmud di Kg Padang Lebar, Rembau, NS. 

14 Sep 2012, Mesyuarat Agong TSB Sg Layang.




Setelah empat tahun enam bulan yang mana ppokok-pokok getah purata lilitan 22 inci maka fasa 1 projek telah selesai.  Namun ahli-ahli sebulat suara bersetuju Ahli-ahli Jawatankuasa yang ada untuk meneruskan kepada Fasa 2 iaitu fasa produktiviti. Dimuatturun gambar-gambar persekitaran Mesyuarat Agong.