1 April 2016 Mesyuarat Sistem Tolling di di Ibu Pejabat RISDA Seremban,NS.

Mesyuarat bersama Pengarah Pembangunan RISDA, Pengarah RISDA Negeri, N.S, Pengurus Besar RISDA Plantation Sdn Bhd dan Pegawai-Pegawai RISDA yang lain.



Timbangan Getah terakhir pada tahun 2015

Timbangan Getah terakhir bagi tahun 2015 iaitu pada 28hb Disember sebanyak  1.402 Tan.



7hb Sep 2015, Lawatan Pegawai Pembangunan Ibu Pejabat RISDA Pegawai Pemasan RPSB.


Jualan getah mengikut system tolling seberat 1.038 Tan.




12hb Julai, 2015. Lawatan Pengarah Pembangunan RISDA, Tn Haji Imran ke Depoh Pungut Getah.

 
 





7hb Julai  2015 bermula mengikuti System Tolling. Punguta 1.030 Tan.





11hb Oktober, 2013, Mesyuarat/Taklimat oleh RISDA FASA 2 - Produktiviti.Tanam Semula Berkelompok Sg Layang, Rembau, Negeri Sembilan (Surat Pemberitahuan)


Tanam Semula Berkelompok Sg Layang, Rembau,  Negeri Sembilan
D/A Lot 1589, Km 1.5  Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.
Tel. 06-6858543(R)
        019-6647460
 04hb Okt, 2013
rokizan@yahoo.com
Fail kami:  GR/TSBPL

Semua AJK Tanam Semula Berkelompok Sg Layang (TSB SL)
Semua Peserta/Rakan kongsi  Tanam Berkelompok Sg Layang (TSB SL)
Melalui:
Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula  Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Tuan,
Mesyuarat/Taklimat oleh RISDA Mengenai Fasa 2 - Produktiviti
Tarikh   :  11hb Oktober, 2013, Jumaat
Jam       :  2.30 petang
Tempat :  Di Bengkel Pungut Getah di dalam kebun lot 780 (dihujung kawasan projek mengikuti jalan   masuk dari simpang   Sungai Layang) Rembau, Negeri Sembilan
__________________________________________________________________________________

Saya  merujuk kepada perkara diatas dan memaklumkan bahawa satu mesyuarat RISDA bersama semua tuan empunyai tanah/rakan kongsi  akan diadakan.
2.        Semua dijemput dan perlu hadir dengan membawa 2 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT.
3.        Semoga dengan kehadiran tuan di mesyuarat tersebut akan dapat  memberi menfaat kepada  semua. 
4.              Bersama-sama ini disertakan juga agenda mesyuarat. Terima kasih.

Saya yang benar,

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB Sg Layang, Rembau.

Salinan kepada:
Pegawai Pemasaran RISDA NS Selatan - Puan Mawarni
Ketua Steasen RISDA Rembau – Tuan Haji Mansor

Agenda:
2.30 ptg  - Pendaftaran
2.45 Mesyuarat/Taklimat
      - Penyerahan Mangkok/Baja.
      - Isi borang Lembaga Getah Malaysia (LGM)
      - Minum Petang
      - Bersurai